<body background="http://i118.photobucket.com/albums/o98/wishix/blackforestbg.jpg"><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/6186614624105055797?origin\x3dhttp://miss-shorty.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Saturday, July 19, 2008

Bismillah...

Saling memaafkan..

"Membina kepercayaan yang telah hilang" telah diakui agar memaafkan kesalahan seseorang dan berikan peluang.Seperti yang sering ditegaskan,perbincangan adalah berasaskan kepada FAKTA dan BUKAN BERDASARKAN EMOSI.

Sebagai Muslim,asas yang PALING PENTING ialah saranan daripada hukum syara'.Islam menganjurkan setiap umatnya untuk bermaaf-maafan.Bukan sahaja Islam malah setiap agama mempunyai prinsip sedemikian.Bermaaf-maafan sesama manusia adalah sifat yang amat mulia.Jangan bersikap sombong,bongkak dan enggan memaafkan kesilapan atau kesalahan orang lain,orang yang pernah dan tak mustahil,masih anda sayangi dan cintai.Ingat!Allah yang Maha Berkuasa Pemilik segalanya dialam maya ini,sanggup memaafkan dan mengampunkan setiap kesalahan hambaNya.Kita manusia biasa tiada apa-apa kuasa mahu berlagak diri besar hingga tidak mampu memaafkan orang lain?

Sabar dan Jangan marah-marah..

Mungkin ada yang berpendapat:"Takkan nak maafkan begitu sahaja?Hati dah disakiti hampir setiap saat terasa penderitaan tersebut,nak maafkan begitu sahaja?"Memang sukar melupakan.Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula kisah2 yang melukakan hati yang tak pernah terfikir atau diimpikan selama ini.Sabar dan jangan marah-marah.Memaafkan tidak perlu melupakan kisah-kisah luka tersebut dan jangan paksa diri melupakan.InsyaAllah lama-kelamaan akan lahir dari hati dan minda untuk memaafkan.

Beri peluang..

Kenapa perlu berikan peluang?Beri peluang bila seseorang itu memohon maaf,mengakui kesilapan dan meminta agar diberikan peluang dan bila anda rasa yakin anda boleh percayakan maaf yang dipohon.Bagaimana hendak rasa yakin?Pohonlah keyakinan tersebut daripada Allah ta'ala kerana hanya Dia yang Mengetahui segalanya...

Labels:


Listen @ 8:13 PM