<body background="http://i118.photobucket.com/albums/o98/wishix/blackforestbg.jpg"><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d6186614624105055797\x26blogName\x3dMy+Dear+Blog\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://miss-shorty.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://miss-shorty.blogspot.com/\x26vt\x3d7958454938718219193', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>


Tuesday, July 22, 2008

Bismillah..

Demi mempertahankan keyakinannya,Imam Said bin Jubair sanggup mencabar pemerintah zalim Yusuf Al-Hajjaj (661-714 Masihi).

Pengawal membawa Said menghadap diktator itu.

"Siapa namamu?" tanyanya sebaik Said berada di depannya.

"Said bin Jubair."

"Bukankah namamu Syadi bin Kusair (ertinya:warga susah daripada anak dari keluarga pincang)?" tanya Al-Hajjaj sambil tersenyum sinis.

"Ibuku lebih mengetahui namaku daripada kamu!" balas Said.

Al-Hajjaj marah mendengarnya.Dia lalu mengungkapkan :"Lancang benar mulut kamu!"

Said menyatakan dengan tenang:"Andai aku tahu kamu mampu melakukannya,kamu nescaya aku jadikan tuhan."

Tambah Al-Hajjaj:"Apa pendapatmu tentang Muhammad?"

"Nabi pembawa rahmat.Pemimpin dan pemberi petunjuk.Utusan Allah itu menyeru umat manusia melalui nasihat yang baik," jelas Said bersemangat.

Al-Hajjaj kian memberang lalu bertanya lagi:"Apa pendapatmu mengenai Ali bin Abi Thalib?Apakah dia di neraka atau di syurga?"

Said membuat Al-Hajjaj bertambah berang dengan jawapannya:

"Andai aku pernah masuk syurga atau neraka,pasti aku tahu siapa penghuninya.Pertanyaan kamu mengenai ehwal ghaib seperti itu tidak akan dapat mengungkapkan rahsia."

Jika demikian halnya:"Apa pula pendapatmu mengenai khalifah Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali."

"Aku bukan orang yang mewakili mereka,"tegas Said,menambah tenang."Setiap orang bertanggungjawab atas apa yang dilakukan.Aku tidak mengatakan apa yang aku tidak ketahui,kecuali aku hanya mempedulikan urusan diriku sendiri."

Al-Hajjaj seperti tidak bosan melayan pertayaannya."Siapakah antara mereka yang kamu paling kagumi?"

"Yang amat diredhai oleh Penciptaku."

"Siapakah diantara mereka yang amat diredhai oleh Penciptamu?"

"Pengatahuan mengenainya hanya ada pada Zat Yang Maha Mengetahui rahsia dan batin mereka," jelas Said sungguh-sungguh.

"Aku lelaki seperti apa pada hari kiamat nanti?" tanyanya lagi.

Alim besar itu menjawab:"Aku terlau lemah bagi Allah untuk mengetahui hal-hal ghaib."

Al-Hajjaj menuduh Said enggan berkata jujur kepadanya.

Imam Said menyampai anggapanyya itu dengan tenang dan spontan.

"Apakah kamu pernah melihat suatu permainan yang sesia?" tanya Al-Hajjaj lagi.

"Tidak!"

Al-Hajjaj lalu meminta para pengawalnya mengambil batang kayu dan api.Ketika kayu itu dipukul ke tubuh Said dan api disemburkan kepadanya,Said menangis.Beliau lalu ditanyanya, "Apa yang menyebabkan kamu menangis?"

"Wahai Al-Hajjaj,engkau mengingatkan aku perkara besar (Neraka)! Demi Allah!Aku tidak kenyang.Tidak puas.Masih terus bersedih kerana apa yang aku lihat itu!" ujar Said.

Al-Hajjaj bertanya lagi,"Tidakkah kamu lihat ia suatu permainan?"

"Tidak! Bahkan ia aku lihat satu kesedihan." Jawab Said,menambah,"Demi Allah!Semburan api ini mengingatkanku akan hari yang besar.Hari sangkakala yang akan digunakan untuk menyeretkmu pada hari kiamat."

"Tetapi aku lebih dicintai Allah daripada engkau," jawab Al-Hajjaj penuh yakin.

Said mencanggah,"Tidak seorang pun berani menyatakan selancang itu terhadap Allah hingga mengetahui kedudukannya disisiNya.Allah lebih mengetahui urusan yang ghaib."

"Apa pendapatmu mengenai harta yang aku kumpulkan untuk diserahkan kepada Amirul Mukminin?"

Al-Hajjaj lalu meminta pembantunye mengambil perhiasan dan logam murni berupa emas, perak, permata, mutiara, belian dan wang, yang kemudian diletakkan dihadapan Said.

Dengan segera Said mengulas: "Harta ini semuanya baik jika engkau memenuhi syaratnya."

"Apa syaratnya?" tanya Al-Hajjaj.

"Sebaiknya engkau membelinya dengan sesuatu yang menjamin keselamatanmu daripada goncangan besar pada hari kiamat," jelas Said.

Bersambung...

Labels:


Listen @ 7:41 PM

Saturday, July 19, 2008

Bismillah...

Saling memaafkan..

"Membina kepercayaan yang telah hilang" telah diakui agar memaafkan kesalahan seseorang dan berikan peluang.Seperti yang sering ditegaskan,perbincangan adalah berasaskan kepada FAKTA dan BUKAN BERDASARKAN EMOSI.

Sebagai Muslim,asas yang PALING PENTING ialah saranan daripada hukum syara'.Islam menganjurkan setiap umatnya untuk bermaaf-maafan.Bukan sahaja Islam malah setiap agama mempunyai prinsip sedemikian.Bermaaf-maafan sesama manusia adalah sifat yang amat mulia.Jangan bersikap sombong,bongkak dan enggan memaafkan kesilapan atau kesalahan orang lain,orang yang pernah dan tak mustahil,masih anda sayangi dan cintai.Ingat!Allah yang Maha Berkuasa Pemilik segalanya dialam maya ini,sanggup memaafkan dan mengampunkan setiap kesalahan hambaNya.Kita manusia biasa tiada apa-apa kuasa mahu berlagak diri besar hingga tidak mampu memaafkan orang lain?

Sabar dan Jangan marah-marah..

Mungkin ada yang berpendapat:"Takkan nak maafkan begitu sahaja?Hati dah disakiti hampir setiap saat terasa penderitaan tersebut,nak maafkan begitu sahaja?"Memang sukar melupakan.Tempat jatuh lagikan dikenang,inikan pula kisah2 yang melukakan hati yang tak pernah terfikir atau diimpikan selama ini.Sabar dan jangan marah-marah.Memaafkan tidak perlu melupakan kisah-kisah luka tersebut dan jangan paksa diri melupakan.InsyaAllah lama-kelamaan akan lahir dari hati dan minda untuk memaafkan.

Beri peluang..

Kenapa perlu berikan peluang?Beri peluang bila seseorang itu memohon maaf,mengakui kesilapan dan meminta agar diberikan peluang dan bila anda rasa yakin anda boleh percayakan maaf yang dipohon.Bagaimana hendak rasa yakin?Pohonlah keyakinan tersebut daripada Allah ta'ala kerana hanya Dia yang Mengetahui segalanya...

Labels:


Listen @ 8:13 PM